Tersebutlah kisah
Dr. Zakir
Yang Berjaya dalam hidup
Seorang pakar bedah berjaya.
Suatu hari
Beliau dijemput
Ke forum kecemerlangan pelajaran
Panel pertama,
Kaunselor kerjaya, En. Hamidon.
Panel kedua,
Pensyarah agama, Ustaz Latiff.
Panel ketiga.
Beliau berada.
Maka tibalah giliran ustaz
Membentang hujah
Dan pendapat
Maka berkatalah ustaz itu
“ wahai pelajar-pelajar sekalian..
Janganlah kamu meniru dalam peperiksaan..
Janganlah kamu menipu dalam peperiksaan
Sesungguhnya adakah kamu tahu.
Perbuatanmu itu akan menyebabkan
Gaji kamu sewaktu bekerja nanti haram?
HARAM? “
Maka tersentaklah Dr. Zakir.
Mengapa?
Beliau mengimbau
Hampir dua dekad nan lalu
Sewaktu peperiksaan SPM 1982
Beliau dengan sengajanya
Membawa nota-nota kecil
Dalam poket
Meminta kebenaran pengawas
Untuk ketandas
Dengan niat membaca nota.
Sayang.
Punya otak yang pandai
Tetapi meniru.
Di manakah keberkatan
Maka hendak dijadikan cerita
Spm utk semua subjek pangkat Satu
Dr zakir Berjaya melayakkan dirinya mendapat biasiswa
Untuk ke UK
Dalam bidang medic.
Di UK juga,
Walaupun jelas terbukti kepandaian
Entah mengapa
Sikap meniru, menipu dalam peperiksaan itu terbawa bawa
Sedih.
Sedih ya Allah.
Kembali semula ke dewan forum..
Ustaz telah pun tamat gilirannya
Menyampaikan hujah
Tetapi dr zakir
Diam terkaku
Termenung memikirkan sesuatu
Dalam hatinya..
Berkata,
“ya Allah..
Apa yang aku dah buat.
Adakah gaji aku selama ni haram ya Allah..
Apa yang patut aku buat ya Allah..”
Selama ini
Dia bekerja dengan haram
Gaji nya selama ni haram
Hasil dia meniru
Bukan dari otaknya seratus peratus.
Pengacara majlis kemudian
Mempersilakan dr zakir
Untuk menyampaikan hujahnya
Namun.
Dr Zakir menangis
Berlarii
Menuju ke pintu belakang.
Tiada arah tuju.
Menyesal sudah
Perbuatan sejak beberapa tahun lalu
Tidak beliau sangka
Haram..
Haraaaammm..
1 comment:
hahaha. terbaik wokk~
Post a Comment