Jul 20, 2011

Day 19: 7 Things That Made You Smile Today


1. Krew Pagi Sinar FM
Pagi tadi, otw ke Putrajaya, dengar Sinar FM dalam keta. walaupun lagu-lagu dia semua aku tak suka dengar, tapi dorang bertiga lah penyampai radio paling lawak setakat ni. 

2. Pokemon Platinum
Look, my Luxio dah evolve ke Luxray

3. UiTM Shah Alam
it turned out my mum and i tak jadi pergi Putrajaya sebab ada cousin tu cakap, terus je pergi UiTM Shah Alam. dan kenapa UiTM Shah Alam buat aku happy harini? sebab low expectation aku terhadap prasarana and buildings kat sana. aku ingat UiTM Shah Alam ni buruk. masha Allah lawa maju hebat canggih rupanya.

4. Kolej Jati
Insha Allah this will be my college la kat UiTM nanti. sebab apa kolej Jati buat aku tersenyum hari ni? sebab kan. depan kolej jati ni, Kolej Meranti. sebelah kolej meranti pulak ada KFC. Jalan 300m skit ada McD la pulak. mwahahaha habis gemuk aku nanti.


5. Fakulti Pendidikan
Insha Allah, kalau ada rezeki kat TESL, ada la. sebab sekarang tengah tunggu surat tawaran dibuat. kalau surat tawaran tak sampai2, makna nye aku stick lah kepada masscomm :)

6. Hospital Tangkak
aiseh. tadi kena masuk wad lah. pastu kena injection. ada dua sebab kenapa hospital tangkak buat aku senyum hari ni. hari ni lawak gila, aku dah la tengah sakit perut bisa bagai nak mati, doktor tu plak suruh nurse practical inject aku. mak ai. cari urat dekat 10 minit. ketawa2 aku ngan doktor tuh. pastu, time cucuk jarum kat tangan aku boleh plak salah vein, then keluarkan masuk balik. dah tu, nak tekan picagari tu supaya vaccine masuk dalam urat pun dekat 10 minit. lawak memang lawak. tapi sabo je la tahan sakit. second, aku kena tahan wad sekejap je tadi. takpayah stay hospital. tu yang senyum tuh. heheh

7. Tumblr
tumblr makes me smile everyday. AWESOME!

No comments: