May 4, 2011

Johor Bahru (Part Two)


DAY 2
DATE : 1st MAY 2011

Malam tadi kami tido around 2.00 am. aku sebenarnya tak la rasa ngantuk sangat tapi semua dah nak tidur aku pun cuba la lelapkan mata. 

jeng jeng jeng.. aku bangun pagi tu aku tengok jam dah pukul 7.45 am. semua terlajak tido. hahah. tapi tak risau sangat la. kejap je pun nak gi UiTM Larkin tuh. rasa nak buang air besar tapi takut tak sempat pulak. haha . kitorang bertolak tepat jam 8.25 am kalau tak silap aku. 

datang-datang je, tengok takde sape. sah sah le aku ngan fahmi lambat. kitorang terus masuk dewan exam. tengok-tengok, ada 9 orang je yang datang untuk interview termasuk aku ngan Fahmi. Yang tak boleh blah, 7 daripada sembilan orang tuh bebudak tesl. hahaaha. meja depan ada Encik Khai, Encik Faizol, Cik Meia, Cik Ika, Encik Saif. Belakang ada Encik Fahmi ngan Encik Zul beserta ada dua orang akak tuh. aku dah la lambat, lewat 10 minit cenggitu, dengan tak pakai tai lagii.. haha. pastu kena jawab essay, dia tanya : "Why do you choose this major ?" aku jawab lah : "My friends say that I am a very talkative person and I am friendly too. I love my life. Although I have so many problems with my life but I know Allah doesn't put burdens more than one can bare." boleh plak aku jawab macam tu kann. haha

Me and Meia

aku memang taknak course nih. pergi pun sebab nak sedapkan hati jer. pensyarah dua orang tu macam anti aku je. haha. dia cakap aku ni takde attitude lah, over confidence lah. dah la lambat. tak pakai tie. ish3..aku peduli apa. cepat-cepat la abis interview nih aku dah lapo..

then aku, fahmi, zul, meia ngan ika makan kat warung roti canai depan tuh. sedap jugak lah. haha. dan tanpa dirancang, secara spontan nye, kami pergi ke City Square, plan asal nak tengok movie. sampai2 tengok, ramai nak mampus orang. ye la, 1 Mei kot.. then tak jadi. jalan-jalan je la satu City Square tuh. Cik Meia ngan Cik Ika beli baju. sakan nau shopping. haha.

Danga Bay

then kitorang gerak Danga Bay. takde menda sangat lah tempat tuh. huhu. then kitorang lepak-lepak rumah Meia. ingatkan nak stop sekejap je. tapi berjam-jam jugaklah.. haha bercerita gelak ketawa bagai. mana taknye.. pastu kitorang pun gerak lah ke Taman Universiti . but before that, hantar Cik Ika dulu gi bus stop. dia dah nak balek kluang dah.

Kat depan rumah Meia
lepas hantar Ika... aku, Zul ngan Fahmi tengok movie kat U Mall.. cerita Penunggu Istana. jeng jeng jeng. sumpah best giler. korang kena tengok, sebab cerita ni ala-ala paranormal activity. hahah

malam tu makan kat Taman U. then hantar Zul, ambik Faw kat tempat kerja dia. pastu balik rumah Faw.. penat seh satu hari merayau JB hahah.. malam tu kitorang tengok Merong Mahawangsa kat lappy aku. tak habis tengok sebab aku tak download abes. hahah. till then, tunggu part three. last.

No comments: