Dec 21, 2010

Kisah si kancil bernama Bambi.

Nama saya Mike.
Saya seekor kancil jantan.
saya ada seorang kawan,
nama dia Bambi.
Bambi ni kancil betina.
Hari ni saya nak cerita pasal Bambi.
nak dengar tak? 

maka tersebutlah kisah
di sebuah negeri kecil bernama Udnel,
hidup seekor sang kancil bernama Bambi,
Bambi merupakan seekor kancil yang sangat petah bercakap,
sangat-sangat petah.

Bambi ada banyak kawan,
banyak sangat.
cuma kawan-kawan Bambi ni,  (termasuk saya)
hanya berpura-pura sahaja depan dia.
depan Bambi, semua pijak semut tak mati.
belakang Bambi, kalau dinosour tu wujud lagi, 
dinosour pun kena baham.

kerana petah bercakap,
sampai tak reti-reti nak berhenti,
maka kami mula benci dia.
dengan suara dia yang macam keretapi tengah tarik brek,
lagi bertambah lah kami menyampah kat Bambi.

pada mulanya,
Bambi tidak tahu yang ramai kawan-kawannya membenci Bambi.
Namun, lama kelamaan,
Bambi mula sedar,
mula perasan akan tingkah laku rakan-rakan beliau.


ramai mula menunjukkan ketidakpuashatian terhadap Bambi,
termasuklah diri saya.
Bambi ni punyai banyak perangai annoying.
malas je saya nak senaraikan.
tolonglah Bambi,
Kami harap awak sedar yang ramai di antara kami benci awak.
ubahlah sikap awak Bambi.


belajarlah hidup dengan lebih matang.
supaya tidak dibenci ramai.
maka sekian dari saya.


Terima kasih.


No comments: