Jun 1, 2012



melawan arus zaman, aku bawa kau semua kembali ke tahun 1977. budak perempuan itu berumur 10 tahun. anak kampung, pelbagai memori. zaman kanak-kanak penuh riang dan fantasi. namakan sahaja, batu seremban, ketinting, galah panjang dan pelbagai lagi permainan tradisi masyarakat melayu dahulu kala pernah dirasai keseronokan, penuh tawa, riang namun terkadang menangis. menangis kerana tidak semua permainan membawa keriangan semata-mata. budak perempuan itu terjatuh, berlari-lari ketika sedang seronok menarik upih pinang. kakinya tersadung akar kayu pokok.dia terjatuh, dan tersembam. dusun yang pada mulanya bingit dengan riuh ketawa kanak-kanak kecil, bertukar sayu, diam seribu bahasa. hanya terdengar jeritan dan tangisan si budak perempuan itu. di tepi jalan kelihatan seorang pemuda, yang baru sahaja mencecah awal usia 20-an. pemuda itu yang baru pulang dari kerjanya sebagai cikgu di sekolah cina, terdengar tangisan budak perempuan itu. setibanya, lutut kiri budak kecil itu sudah terketar-ketar, dek darah yang sudah banyak keluar. meraung. pemuda itu tidak kenal siapa budak kecil itu. di tanya nama , budak perempuan itu diam seribu bahasa. malu rasanya, pemuda tampan. kurang sakit selepas melihat wajah pemuda itu. dengan penuh kasih sayang, pemuda itu mengeluarkan sehelai sapu tangan, terus dibalut luka si budak perempuan itu. kurang sakitnya selepas dibalut. barulah si budak perempuan itu bersuara, anak mak embun katanya. lalu pemuda itu mendukungnya dan menghantarnya pulang ke rumah. and guys, that's the incredible story of how my father first met my mother.