Aug 25, 2011

kasut oh kasut

assalamualaikum kawan-kawan. kepoh kan semua pasal kasut masing-masing. haha thanks to cik amirah izzah, kita semua telah diberi assignment oleh beliau supaya cerita skit pasal apa-apa mengenai kasut. jadi dengan ini, saya pun nak cerita pasal kasut-kasut yang saya ada. aku baca sorang-sorang punya post pasal kasut, (terutamanya yang girls) maaak aih.. banyak gilo korang punya collection. so sebagai seorang lelaki yang simple, kasut-kasut yang aku ada memang sikit je. jadi takyah nak hampa sangat lah baca post aku ni sebab aku ada dalam 4 jenis kasut je skang. kasut raya pun belum beli lagi. 

kalau sesapa masih ingat, ini lah kasut yang aku pakai gi kelas hari hari. dan kalau sesiapa yang pernah aku sepak pakai kasut ni, mesti korang teringat betapa peritnya kesakitan itu. tak lupa juga kepada mereka yang aku pernah pijak (secara langsung mahupun tidak langsung), pasti kaki korang bengkak lapan hari dua belas malam kaan. saya sayang kasut ni sangat-sangat. bukan sahaja murah, tetapi praktikal dan tahan lama.

ini selipar kalau gi keluar hantar adik gi tusyen ke, jemput family balik dari sekolah, hantar lauk kat rumah makcik pakcik atuk sedara nenek sedara tokyah tokmak semua la. senang citer kalau kuar rumah pakai selipar ni je lah. hahhaha

ni sandal last year beli. selalu gak aku pakai waktu asasi dulu. kalau nak keluar jalan-jalan jauh skit aku pakai la sandal ni.

ni kasut all america aku beli last year jugak kot kalau tak silap. beli ni sebab nak belajar kereta time tu. gedik je tau suruh-suruh orang pakai kasut belajar naik kete. mampos aku bukak kasut time belajo bawak kete. pedulik apa aku. hahaha . dari first day sampai la hari test jpj, orang biasa betulkan cermin dulu, pakai seatbelt, aku takk.. bukak kasut dulu. sebab cengkamannya lebih kuat kerana tapak kasut tebal ni takleh dipercayai. tekan sikit minyak kang, vroooooooooooom terbabas melayang sampai pokok sena.

ok. tu je la kawan-kawan saya nak cerita pasal kasut yang saya ada. sebenarnya, banyak lagi kasut kat stor, cuma malas nak gi geledah. kang mak aku marah "apsal kau kembur2 kasut kau ni?". "kau nak kena pelempang??" haaa korang nak jawab ke? tak kan. aku jugak kena marah nanti. tak masal-masal tak dapat beli kasut raya. and by the way, ni kasut yang akan kubeli untuk hari raya kali ini, hari tu dah usha-usha dah. haha





from top: society, skytop and vaider.. bukan nak beli semua, mak aku cakap pilih satu jer. haha so taktau nak decide nak beli yang mana satu. mahal tak mahal tu persoalan kedua. persoalan pertama, yang mana satu? haha rambang mata dibuatnya. ok lah kawan-kawan. sampai di sini sahaja post saya untuk hari ni. ada masa lepas ni saya buat post baru yer.. ok bye bye ~

No comments: